Sunday 3 February 2013

Mimpi Oh Mimpi


hello semua. dah lama aku tak menulis kat sini kan tapi tak ada la lama sangat. tak sampai sebulan pun lagi. last update haritu 24 januari. oh ya haritu aku and my sister ada buat mille crepe with vanilla cream custard. sedap sangat. tapi tu la mille crepe ni dia remeh sikit nak buat dia. dah la kena buat selapis-selapis. lepastu, dah siap semua bukan boleh makan lagi. kena letak dalam peti ais dulu dalam 2 jam macam tu. so, next time me and my sister rancang nak buat mille crepe with oreo pulak.


ok sejak tunggu result spm ni aku memang tak keja pun. duk rumah ja. hmmm rasanya dah dua bulan lebih dah aku tak sekolah ni. dan sejak tu jugak boleh dikatakan aku asyik mimpi pasal ambil result spm. haha serius takut. tapi tak ada la mimpi hari-hari. dalam dua bulan ni ada la kot mimpi pasal result empat kali macam tu.



aku sebenarnya tak berapa ingat sangat pasal aku mimpi tu. tapi dalam empat kali aku mimpi tu, paling aku ingat satu ni ja.


seingat aku la masa tu kena ambil result spm dah tapi aku tak pergi pun sebab aku ada kat oversea. hahahah poyo sungguh mimpi aku kan. padahal mana penah pergi oversea. pergi indon pun tak pernah. sobs sobs. setakat siam tu pernah la tapi hatyai ja la kot. ok ok dah kita sambung. lepastu bila aku dah sampai malaysia aku nak guna perkhidmatan sms la untuk tau pasal result spm aku tu. dah taip semua dah tapi macam takut nak tekan butang send.

lepastu terus pergi sekolah. mula-mula macam berani la nak pergi ambik result. lepastu sampai ja betul-betul depan pintu pejabat sekolah rasa macam tak sanggup nak masuk. huhuhu. lepastu masa pegang ja tombol pintu pejabat tu, bila tolak ja terus aku tersedar. cisssss betul hahahah


bila fikir-fikir balik kan rasa rugi ja tak bukak pintu tu cepat-cepat. sebab kalau tak mesti dah tau dapat berapa. tapi harap-harap dapat elok la kan result nanti. takutnya.


hah korang pernah tak mimpi pasal result spm ka apa. mimp korang tu betul ka tak dengan resut yang betul tu? huhu


4 comments:

Unknown said...

Huhuhuuu... Pu3 pn takot jugak nk ambik rsult spm nnti.. Hhmm.. :'(

ANISRAHIM said...

lawanya gambar tu, awk edit ke? kalau awk edit awk bgtau akak k :D

syirarr chan said...

edit letak tulisan tu ja. kalau nak dit gambar, try pegi website lomogram. best gak situ

nurains said...

hihi same with me lah last year, cuak menunggu keputusan spm : D

 

Blog Template by BloggerCandy.com