Thursday 7 February 2013

Racist Oh Racist

hello semua. harini cuma nak luahkan perasaan sikit. tapi sebelum tu, semua orang tau kan racist ni benda yang agak sensitif kan? bagi aku racist ada banyak jenis. sebagai contoh yang aku jumpa masa google


 
source dari sini


source dari sini


kreatif gila kan sapa yang reka conversation ni semua. tapi, aku bukan nak cerita pasal gambar-gambar kat atas tu. apa yang aku nak cerita benda yang berlaku kat sekolah aku. tapi tak semua la macam ni. sesetengah ja. harap maklum. hehehe

sekolah aku which is sekolah asrama harian  ada dua aliran iaitu aliran agama (ambik bahasa arab) dan aliran akademik (tak ambik bahasa arab). kebanyakkan budak akademik duduk luar. kalau duduk asrama pun boleh kira dengan jari ja (sikit sangat). budak arab pulak banyak duduk asrama.

apa yang aku nampak budak asrama ni macam ada semangat perkauman sikit. entah la. ada la masa tu aku form 2 kalau tak salah la ada kes histeria kat sekolah. bila tengah belajar tu tiba-tiba dengan suara dari blok lain duk jerit-jerit. macam tu la. kami yang budak luar ni macam pelik la kan, nak tau la apa punca jadi histeria ni. sebelum ni tak ada pun.

budak asrama tau ja punca dia. nasib baik ada yang sudi cerita. punca dia dari sekolah mana ntah yang buat lawatan kat sekolah kami sampai tido asrama sekolah kami. tapi kami (aku dan kawan-kawan yang tak duduk asrama) budak luar memang tak tau la kan sebab masa tu cuti penggal. katanya, budak asrama tak bagi cerita kat budak luar. kami macam errr aku pun budak sekolah ni apaaa!

lagi, malam sebelum keputusan PMR diumumkan haritu, kat facebook biasalah ramai la orang post takut la nak amik result,good luck la. tapi yang menarik perhatian aku adalah status yang lebih kurang macam ni 

 
(contoh)

aku yang dah habis sekolah pun hairan kenapa senior post macam tu kat adik adik yang nak ambik result. macam tak suka adik-adik budak luar ja. tak salah nak wish good luck semua tu. tapi perlu la kepada "budak asrama" atau "budak agama" etc etc etc sahaja. kenapa tak tulis ja kepada semua pelajar smk*** terus. kan senang.barulah nampak bersatu kan.

kalau ada salah pendapat  dalam penulisan aku ni, minta maaf sangat-sangat. ini hanya sekadar pendapat sahaja. salam.

5 comments:

nurains said...

nampak sangat yg mereka lebihkan budak asrama tu :0

Amanina said...

ingatkan kaum kaum je macam ni. huuu rupanya budak luar dgn budak asrama pun gini jugak. huu sekolah saya, masa saya form1 (stay hostel) takde pulak camni. ishh ishh

syirarr chan said...

@Amanina entah la. saya nampak budak asrama macam tak berapa suka dengan budak luar+akademik. heheh

nadhirah. said...

hmp, kenapa ek? takkan sebab jeles budak luar kot..

syirarr chan said...

entahla. mnungkin la kan

 

Blog Template by BloggerCandy.com